Dugaan kita berbeza...Senyumlah

Beberapa hari lepas aku berbual dengan seorang rakan .Dia muda dari aku beberapa tahun , dah berkahwin 3 tahun tapi masih belum dikurniakan anak..sebab dah lama tak jumpa macam2 la cite kami bualkan ...tapi paling terkesan bila dia cite tentang masalah orang sekeliling yang asyik bertanya tentang anak..maka boleh lah disimpulkan dugaan yang sedang dia lalui ialah tentang ANAK..
Banyak pengajaran yang aku belajar daripada kisah dia...sedang aku yang belum berkahwin pun ada masanya mengeluh tentang jodoh ku yang masih tersesat ...heheheheh
Dia diduga belum dikurniakan anak ...aku diduga dengan jodoh yang masih tersesat ...ada yang diduga dengan hutang bertimpa ..ada yang diduga dengan masalah rumahtangga yang rumit ...ada diduga dengan kesihatan yang membimbangkan ...apepun yang sama ialah KITA SEDANG DIDUGA ...
apa yang dapat aku katakan pada rakan ku itu...ialah lihatlah dugaan yang kita lalui itu dari sudut yang positif..jika kita selalu merintih tentang apa yang kita tiada ..memang boleh jadi gila...bersyukurlah masih ada insan yang bersama2 utk harungi dugaan itu..pedulikan tentang orang yang berkata-kata seolah2 dia lah tuhan ..yakinlah Allah sedang memberi masa untuk mengenali lebih dalam cinta pasangan masing-masing. Ada orang tak sempat utk kenal pasangan masing- masing dah dapat anak setiap tahun...kemudian sibuk menguruskan rumahtangga ,membesarkan anak yang ramai...akhirnya menggunakan alasan sibuk untuk memahami pasangan sendiri...mereka ini pasti akan kalah dalam mempertahankan hubungan .
Aku cakap bukan dia seorang yang diduga begitu..ada juga rakan lain yang dah berkahwin lebih lama dari nya pun masih sukar untuk mendapat anak..selain berdoa ..tawakkal kepada Dia yang memberi rezeki...Ambil contoh kisah aku ..yang masih belum berkahwin...jika ditanya tentang bila?dah lali ..
...mereka bercakap seolah-olah aku terlalu memilih ..terlalu sibuk dengan kerja...hahahhaha...tak sebenarnya ..aku yang tak terpilih...so aku biarkan saja soalan mereka...sampai masa nnt mereka akan jemu untuk bertanya... aku sangat berhati2 bila bertanya soalan sensetif ..seperti anak , kerja atau status perkahwinan .contohilah orang jepun yang menjaga privasi mereka ..Mereka tidak akan bertanya sesuka hati  tentang umur , kerjaya , famili sebab mereka sangat menjaga privasi orang . Mereka tahu itu soalan yang sensetif. ..so sebelum bertanya fikirlah tentang perasaan orang lain...
Allah yang Maha mengetahui bila masa yang sesuai dan tepat untuk memberi apa yang kau minta...bersabarlah dan selalu berharap yang baik...untuk diri kita dan insan di keliling kita..Dugaan kita mungkin berbeza..tiada siapa yang lebih atau terkurang semasa diduga ...semuanya tentang bagaimana kita melihat dan menerima dugaan tersebut...Setiap daripada kita akan sentiasa diduga, menduga , terduga dan macam2 lagi dugaan selagi kita bergelar penghuni muka bumi ini....jadi bertenang lah ...thanks.







Ulasan

Catatan Popular