klik dulu baru tau....

Isnin, 7 September 2009

Hukum Melawak Dalam Islam

Etika melawak dan bergelak ketawa.

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua. Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis.
Baginda saw bersabda:أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا Maksudnya: "Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya." (Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda menjawab:
نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)
Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda: Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.Nabi saw bersabda:ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia. (Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)
Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.Firman Allah: " Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina.. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… " ( 11 : al-Hujarat) Nabi saw bersabda:بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ Maksudnya: "Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim." (Hr Muslim – sahih)Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.Aisyah ra berkata "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu Rasulullah saw bersabda:
ما أحب أني حكيت أحدا Maksudnya: "Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain."(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)
Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;
لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا Maksudnya: "Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam."(Hr Thabrani – sahih)Nabi saw bersabda:
لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا Maksudnya : " Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2."(Hr Ahmad – sahih) Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.
Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:
ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق Maksudnya: "Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba. (Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:"Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai." (59 – 61 : an-Najm) Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.Nabi saw bersabda:
وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ Maksudnya: "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati." (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)Saidina Ali ra: "Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."Said bin al-'As berkata:"Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas."Rujukan: Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.

Moga ada manfaat, Wallahuaqlam.
sumber:email

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'

Sabtu, 5 September 2009

Hiroshima and Nagasaki tragedies in 1945


Paper cranes made by Sadako Sasaki



Sadako's story (the true story)



Sadako Sasaki was exposed to the Atomic Bomb(A-Bomb) in her house about 1700 meter from the hypocenter. She appeared to have no serious injury. While she and her mother fleeing, they were caught in the black rain.
Sadako grew strong and healthy, and was an exellent athlete. She was a valuable member of her class realay team in the school athletc meet.

Late November 1954
Sadako wa in the sixth grade. She caught a mild cold. She developed lumps on her neck tha were swollen like mumps by January the next year. The persistence of her symptoms led to a thorough examination in mid February. The report to her father was "Luekemia, a year to live at most. Immediate hospitalization recomended."

February 21, 1955
Sadako was admitted to the Hiroshima Red Cross Hospital, where she received transusions and other treatment.

March
Her white blood cell count had risen to six times that of a healthy child. She was given medicine that temporarily reduced the white blood cells.
July
Her white blood cells count shot up again.She was given the same medicine, but the treatment was terminated due to side effects.

August 3
Paper cranes were sent to Hiroshima Red Cross Hospital to cheer up the A-Bomb patients. When she saw the beautiful cranes, Sadako decided to fold her own. She had heard that folding a thousand paper cranes would make a wish come true, so she determined to fold that number herself. By the end of August, she had folded than a thousand cranes, each one invested with the wish to get well. Undaunted, Sadako continued to fold cranes.

End of September
Her white blood cells increased for the third time.

Mid October
Her temperature rose to 40 degrees. Her legs throbbed painfully,and she lost all appetite. Eventually, she could no longer walk unassisted, and the pain kept her from sleeping. On the 24th her necrotic left leg was swollen to 1.5 times its normal size.

Morning of October 25
Sadako passed awy with her family standing by. Her funeral was held the next day at local temple. Sadako's death was reported in the newspaper as the "Death of a Patient with A-Bomb Disease"






Hiroshima and Nagasaki tragedies in 1945


Children Peace Monument at Peace Memorial Park,Hiroshima



A Young Girl's Death from Leukemia

-Sadako Sasaki
Sadako Sasaki was exposed to the A-bomb at the age of two but escaped without apparent injury.She grew into a strong and healthy girl. Ten years later,in the fall of her sixth year in elementary school, she suddenly contracted luekemia and was hospitalized in February the following year.She folded paper cranes continuosly hoping they would help her recover, but after an eight month battle with desease, she succumbed. Sadako's death triggered a movement to build a monument to all childeren perished due to A-bomb, and the Children's Peace Monument was erected in Peace Memorial Park with donations received from all over Japan. Sadako's story has since travelled around the world. Now, countless paper cranes are sent to this monument every year.



Paper Cranes made by myself>>>>>>>>>>>>

Jumaat, 4 September 2009

Ayah yang ku kenali..

Love u ayah…
Aku tak bape rapat sangat ngan ayah aku….dr aku kecik dia asik sibuk je…subuh dah kuar keje then dlam kul 8 mlm baru dia balik,time tuh umah dah sunyi sepi pasal ayah aku tak suka bising bila dia balik…ye la ayah aku balik mesti penat so time tu la dia nk rest….time aku kecik2 aku tak ppernah amik tau pasal ayah aku ni,,,bg aku dia garang..time cuti sabtu ahad asik suh cabut rumputla…bersihkan longkang la…macam2 la keje untuk bersihkan rumah…so aku selalu fikir x best la ayah ade kat umah..asik kene wat keje je..time cuti langsung takleh pegi main…ehhehehhehe…biasa la dak nakal cam aku mana leh duk diam je….aku ngan abg n kakak aku selalu kena rotan…ade je yg tak kena …tu cite time aku sekolah rendah la…
bila masuk alam remaja,sedikit demi sedikit mula berubah ,,ayah dah tak rotan aku lagi tapi lebih banyak menggunakan kata2…mak oi kalo dia marah kata2nya pedas woi….lagi pedas dr asam pedas mak aku buat…biasa la anak remaja mula la nak jadi pemberontak angkat sepanduk la…buat protes la…aku ni protes cara positif….tak cam budak remaja skang asal memberontak je jadi mat rempit,jadi bohsia…aku plak lain aku lebih suka baca novel..pasal bila baca novel aku leh layan cite tu ..cam duk kat dunia lain plak…kira ok la…dr jadi budak tak tentuarah…so aku mmg jarang cakap ngan ayah aku mayb pasal ideologi yg berbeza kot..
Sehinggalah ayah aku jatuh sakit kalo tak silap aku time tu aku dah hbs sekolah,gelabah gila satu family yelah ayah aku tak pernah sakit pun…koma plak tu kalo tak salah aku dalam 2 hr dia koma. Allah Maha Besar,ayah aku sedar je dia terus berubah..tak cam dulu lagi..mmg berubah habis…dah leh ketawa ngan aku ….cam tak caya je…sejak dr peristiwa tu aku ngan ayah jadi rapat….ade je cite kitaorg…aku suka ayah aku skang..
skang ni hubungan aku ngan ayah mmg susah nak faham,bila dekat je kitaorg asik gaduh je…tapi bila duk jauh baru ok…ntahla…aku pun tak tau nape jadi camtu…tp aku ttp sayang ayah aku..biarpun dia macamana sekalipun…
aku tak kisah kalo dia tak sayang aku pun,yg pntg aku tau aku sayang dia..aku tau dia akan bersama aku bila aku perlukan…aku harap aku dapat bahagiakan ayah ngan mak…aku doakan ayah dan mak aku sentiasa dlm peliharaan Allah S.W.T.tak kiralah berapa banyak pun ayah dalam dunia ni tapi aku tau aku cuma ade satu ayah je…aku harap korg pun hargai ayah korg…mayb cara kita dibesarkan berbeza beza tpi x kisah la yg penting hargailah ayah korg sementara masih ade masa…
sampai masanya aku terpaksa lepaskan ayah pergi juga…love u ayah..

Saya telah menyertainya..Anda bagaimana?