aku memilih untuk berdiam sahaja....
tanpa sedikit dengus pun aku terus diam....
tanpa kata aku bagai tidak bernyawa...
mereka melihat memanggil ku batu...
aku terus senyap ....
aku memilih untuk memekakkan telinga sahaja...
tanpa sedikit dengung pun aku terus diam...
tanpa aku peduli kata mereka...
aku bagai hidup di alam sendiri...
dan aku terus senyap...
aku memilih untuk membutakan mata...
tanpa sedikit cahaya pun aku terus diam...
aku pejamkan mata serapatnya..
supaya mereka fikir aku telah lena...
aku terus senyap..
manusia lain selalu fikir org lain
tiada mulut untuk berkata...
tiada telinga untuk mendengar...
tiada mata untuk melihat...
tapi hakikatnya kita sendiri yang bisu..pekak..buta...
dan aku keletihan apabila memikirkan ttg manusia lain..
lalu aku memilih untuk terus senyap..
sampai masanya ...
aku akan berkata jua..
aku akan mendengar jua..
aku akan melihat jua..
tunggulah....
umie.kg sungai gau.
Ulasan